Apr 25, 2013

Big Chicken Pie

 Creamy dice chicken with dice potatoes, hot dog and brocolli
 cover back with pastries
 baked
 one slice

mini chicken pie

Oct 29, 2012

Corn Pudding Castard

 bahan2 untuk membuat pudding castard
 pudding castard yang sedang mendidih
 pudding dimasukkan ke dalam bekas plastik
 kuah pudding
letakkan fruit cocktail
 masukkan kuah
tutup dengan cover, masukkan ke dalam polystyrene box dan bubuh ice cube..

Pudding sebanyak 300pcs di bawa ke masjid untuk berbuka puasa.. Taman saya menaja berbuka puasa untuk masjid kami... kerana mahukan kelainan untuk majlis buka puasa, mereka mahu saya buat pudding ni untuk mereka... proses ni mengambil masa yang agak lama dari pagi hingga petang, alhamdulillah siap juga akhirnya

Oct 2, 2012

Daging Masak Kicap

 Bahan2 untuk menumis simple aje.. bawang putih, lada putih & lada hitam, halia siap ditumbuk semuanya dan campak rempah ratus & bawang besar hiris, tomato dihiris untuk hiasan dan boleh juga tambah kentang yang siap digoreng.. tapi dimasukkan terakhir sekali ketika daging hampir empuk...
 
 
...jangan lupa kicap dan sos tiram sikit... garam dan gula... kalau nak pedas sikit, hiris la cili padi, cili merah ke..daging yang telah siap direbus awal2 dimasukkan kemudian setelah rempah dah naik baunya sampai la daging jadi empuk dan lembut..

Jul 13, 2012

Soto Johor

 begedel ready untuk digoreng
 salut dengan telur dahulu baru digoreng
 separuh periuk besar saya masak kuah soto ni.. saya saja masukkan bakso untuk penambah rasa
 mini nasi impit yg dah siap direbus
ni untuk saya, tak letak pun ayam yang dicarik tu... sebab ni pun dah banyak sangat bagi saya... saya tak sempat pulak nak ambil gambar masa saya hidangkan untuk suami waktu malam tu dan juga hidangan saya beri untuk jiran sebelah rumah...

Jul 12, 2012

Lasagne

 kepingan lasagne.. lengser dulu loyang dengan marjerin
 masukkan kuah merah kedalam loyang (serupa macam resepi spaghetti bolognese)
 kuah sos krim putih tuang rata ke atas kuah merah tadi
 susun kepingan lasagne
 buat sekali lagi lapisan macam tadi
 akhir sekali, susun sekali lagi kepingan lasagne dan tutup dengan kuah krim putih
 taburkan cheese mozarella dan parmesan
 versi dalam aluminium foil ni untuk suamiku tercinta
 telah pun siap dibakar
 potong siap-siap 6 bahagian supaya senang untuk makan
 untuk lunch anak2 saya..
 bakar waktu malam untuk suami saya pula...
ok bang... ready untuk makan... kalau tak cukup ada banyak lagi kat dapur..

Kacang Pool

 tumis bawang kecil, bawang putih, halia dan cili kisar, kemudian masukkan ketumbar jintan
 kacang pool ni diramas dengan tangan
 masukkan kacang dan juga daging kisar
tomato puree bubuh juga ya.. 
 dah siap letaklah lada hijau, limau kasturi, bawang besar berserta dengan telor goreng dan roti bakar
 hidangan ni saya sediakan untuk suami yang dari tadi menanti bila kacang pool saya nak siap ni
 sekali hadap je, licin sungguhh... betol2 sedap tu bang!! hehe
versi hidangan lagi satu, juga untuk suami... makan untuk 2nd round... hehe..

so lepas ni tak payah la suami saya nak kena tunggu balik johor baru nak pekena kacang pool haji kat larkin bomba tu lagi sebab isterinya dah pandai masak kacang pool.!!. memang kaw kaw kacang pool saya ni... tak sangka pula saya boleh sesedap ni... hehe.. baru 1st time mencubanya.. kakak dari johor pun nak saya buatkan kacang pool ni bila dia datang rumah saya nanti... aik! dia yang tahu resepi ni dia pulak suruh saya buatkan... boleh, takde masalah... datanglah... you're always welcome

Homemade Nugget

 nugget ayam yang saya buat dengan resepi sendiri
 
 balut dengan telur dan juga dengan bread crumbs
 menggoreng
 angkat bila dah kekuningan
anak2 sedang menikmati nugget air tangan mama dia... inilah dia antara menu yang saya buat jika dah banyak sangat stok daging ayam dalam fridge saya...

Kari Kepala Ikan Siakap

 sedang menumis 2 kepala ikan siakap dan isi2nya yang lain
 hampir masak... masukkan juga bendi.. kalau suka masukkan terung sekali
siap untuk dihidangkan untuk makanan tengahari kami

Jun 1, 2012

Black Pepper Beef Steak

   daging yg telah saya marinate dgn rempah saya sendiri... saya beli daging bahagian sirloin ni di pasar borong...
wrap dgn aluminium foil sebelum masuk dalam oven untuk seketika
10keping semuanya daging ni untuk hidangan kami sekeluarga
  bakar seketika untuk lembutkan dagingnya dan angkat, jangan terlalu lama takut air jus dari daging akan keluar dan daging akan jadi kering
daging ni dah agak lembut, kemudian grill atas kuali grill
sapukan minyak masak berselang seli dengan baki kuah rempah marinate tadi
siap kesemuanya dan saya susun dalam tray dulu sementara menyiapkan bahan2 lain atas pinggan
letak la apa2 salad yang kita suka
french fries mesti ada...
black pepper gravy, chilli sauce and mayonnaise as a topping..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...